Kedua-dua varian ZenPad 10 mempunyai rekaan luaran dan spe­sifikasi yang sama tetapi terdapat perbezaan kecil pada perisian.

Varian premium, Z301MFL dioperasikan Android 7.0 Nougat dengan paparan 10.1 inci dan resolusi 1920x1200 piksel serta dikuasakan pem­pro­­se­san 1.4GHz MediaTek MT8735A.

Z301MFL ditawarkan dalam tiga spesifikasi berbeza iaitu 2GB RAM dengan 16GB memori dalaman, 3GB RAM (32 GB) dan 3GB (64GB).

Dari segi kamera, Z301MFL dilengkapi kamera belakang 5 megapiksel dan kamera hadap­an 2 megapiksel. Selain itu, ia juga menggunakan bateri sebesar 18Wh, internet 4G, port USB jenis C, 3.5mm audio output dan slot memori kad.

Varian ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu Royal Blue, Pearl White dan Quartz Grey bersama aksesori tempat meletakkan papan kekunci Bluetooth.

Sementara itu, Z301ML mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan ZM301MFL kecu­ali resolusi paparannya adalah 1280x800 piksel dan dikuasakan oleh pemproses 1.3GHz MediaTek MT8735W.

Setakat ini, Asus belum meng­umumkan harga jualan ZenPad 10 dan dijangka berbuat demikian dalam masa terdekat. – AGENSI