KUALA LUMPUR 3 Jan. - SP Setia Bhd. mengumumkan Pengerusinya, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini setelah berkhidmat dengan syarikat lebih sembilan tahun.

Menurut SP Setia, jawatan itu akan diambil alih oleh Tan Sri Syed Zainol Anwar Ibni Syed Putra Jamalullail yang juga berkuat kuasa hari ini.
Katanya, Syed Zainol buat masa ini adalah Pengerusi Nestle (Malaysia) Bhd., Malaysia Airports Holdings Bhd., dan Lembaga Zakat Selangor.
“Wan Mohd. Zahid dilantik sebagai Pengarah kumpulan itu pada 18 Jun 2009 sebelum dilantik sebagai Pengerusi SP Setia pada 25 Februari 2016.
“Beliau juga merupakan Pengerusi Yayasan SP Setia Foundation, jawatan yang akan terus dipegang walaupun telah melepaskan jawatan Pengerusi SP Setia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE