Pastinya, ramai dalam kalangan kita pernah mendengar antara kisah tersebut. Bukan sahaja diceritakan sejak bangku sekolah, namun berkali-kali turut diungkapkan oleh segelintir pendakwah ketika menyampaikan ceramah.”
Termasuk bertaraf selebriti terkemuka dan sering diundang menerusi penganjuran secara terbuka atau di kaca televisyen membuatkan orang ramai tidak akan berfikir panjang untuk menerima pengisian disampaikan.

Lalu, kisah itu diceritakan pula oleh pendengar kepada rakan sebelum disebarkan kepada orang lain. Begitulah seterusnya sehinggalah diturunkan dari generasi ke generasi.

Malangnya, ramai tidak menyedari, hakikatnya kisah itu merupakan satu daripada ribuan sirah para nabi yang direka-reka. Disokong oleh hadis palsu membuatkannya lebih mudah menular dalam kalangan umat Islam seluruh dunia termasuk negara ini. Ia dikenali sebagai kisah Israiliyyat dan Nasraniyyat.

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Muhamad Hafizi Sulaiman berkata, walaupun masih di tahap terkawal, namun penyebaran kisah palsu atau rekaan dengan mengaitkan para nabi dan rasul itu perlu dihentikan daripada terus menular.

Ini katanya berikutan, penyebaran kisah Israiliyyat dan Nasraniyyat disifatkan seperti ‘duri dalam daging’ kerana bukan sahaja boleh menjejaskan akidah sebagai umat Islam malah menghancurkan kredibiliti agama Islam secara keseluruhannya.

Beliau berkata, ini disebabkan cerita-cerita rekaan seperti itu secara tidak langsung menggambarkan Islam sebagai agama yang penuh dengan kebohongan dan khurafat tanpa berpandukan sumber sahih.

Justeru, umat Islam tambahnya, perlu menyedari bahawa kisah yang disebarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani itu hakikatnya mempunyai agenda tersembunyi iaitu menghancurkan Islam.

“Sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran, orang Yahudi adalah kelompok yang paling keras memusuhi Islam. Ini kerana mereka mendakwa bahawa hanya mereka yang menjadi bangsa pilihan Tuhan.

“Oleh kerana itu, kaum Yahudi dan Nasrani mula memasukkan pembohongan yang kononnya bersumberkan daripada kitab Taurat dan hadis Rasulullah SAW, sedangkan sebenarnya semuanya itu berasal daripada karangan mereka sendiri.

“Semua kisah itu tersebar dan diserapkan sejak berkurun lama, tidak hairanlah ia didengari seakan-akan kisah benar,” katanya ketika ditemui di Bangunan Jakim, Putrajaya, baru-baru ini.

mega utusan malaysia

1 Bubur Asyura berasal daripada Nabi Nuh a.s.

Palsu - Apabila tiba 10 Muharam, umat Islam digalakkan untuk memasak bubur Asyura dengan mengaitkan bahawa amalan itu adalah daripada Nabi Nuh ketika berhenti berehat daripada belayar menggunakan bahteranya di sebuah pulau.

Fakta - Nabi Nuh adalah seorang rasul untuk menyebarkan Islam bukan tukang masak.

2Bumi di atas 
sebiji batu

Palsu - Bumi berada di atas sebiji batu. Batu tersebut berada di atas tanduk seekor lembu jantan. Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya, maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi. Itulah gempa bumi.

Fakta- Bumi terapung-apung di cakerawala dan berputar mengikut paksinya

3Umur bumi
 7,000 tahun

Palsu - Terdapat pendapat menyatakan umur dunia ialah 7,000 tahun berdasarkan sebuah hadis Rasulullah.

Fakta - Ulama menyatakan bahawa riwayat yang mengaitkan hadis Rasulullah mengenai usia bumi tersebut adalah dusta dan tiada kaitan dengan Islam. Saintis menjalankan kajian dan mendapati usia bumi mencapai jutaan tahun.

4 Sarang labah-labah menutupi pintu gua Thur

Palsu - Ketika peristiwa Hijrah Rasulullah, baginda bersama Abu Bakar r.a. bersembunyi di Gua Thur lalu labah-labah membuat sarang menutupi pintu gua begitu juga burung merpati di hadapan gua bagi mengelakkan dikesan orang kafir.

Fakta - Allah memelihara Rasulullah dan Abu Bakar daripada dikesan oleh golongan kafir Quraisy yang ingin membunuh mereka

5 Batu 
terapung

Palsu- Ketika Rasulullah ingin naik ke langit dalam peristiwa Israk dan Mikraj, terdapat sebiji batu terapung untuk mengikuti Baginda, lalu Rasulullah menghentakkan kaki sebagai tanda menghalangnya

Fakta - Menurut Prof. Dr. Tala’at Muhamad Afifi, dari Universiti al-Azhar, ‘Qubatul Sakhra’ bukanlah terapung di udara sebagaimana dinyatakan, tetapi hujungnya luas dari tapak yang menjadikan ia seolah-olah tergantung

6 Kisah sang kancil dengan Nabi Sulaiman

Palsu - Nabi Sulaiman memerintahkan kancil mengira jumlah buaya di sungai kononnya untuk menghadiri kenduri di istana nabi

Fakta - Nabi Sulaiman merupakan Rasul yang diutuskan untuk menyebarkan Islam dan dikurniakan mukjizat mampu berbicara dengan haiwan, namun kisah bersama sang kancil adalah hikayat dongeng.