Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penyerahan sumbangan zakat

Program mencegah kebutaan yang disebabkan oleh katarak

bank rakyat ukm
Bank Rakyat telah menyerahkan sumbangan zakat kepada Koperasi Alumni Doktor Perubatan UKM baru-baru ini.

Kuala Lumpur, Khamis, 15 Oktober- Bank Rakyat baru-baru ini telah menyerahkan sumbangan zakat kepada Koperasi Alumni Doktor Perubatan UKM untuk disalurkan kepada Program Mencegah Kebutaan Yang Disebabkan Oleh Katarak.

Penyerahan sumbangan zakat yang diberikan untuk program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat oleh Bank Rakyat untuk mengurangkan beban pesakit katarak yang terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi.

Menerusi program ini, sumbangan dana yang diterima akan disalurkan kepada pesakit yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.00/sebulan.

Penyerahan sumbangan zakat sebanyak RM100,000.00 itu telah diserahkan oleh Pengerusi Bank Rakyat, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz Zainal (B) kepada Pengerusi Koperasi UKM, Datuk Dr Patawi Patawe ketika Majlis Makan Malam Amal Alumni Perubatan UKM 2015.

Sehingga kini, kerjasama antara pihak Koperasi Alumni UKM dan Bank Rakyat telah menyalurkan bantuan kanta intraokular kepada lebih 320 orang pesakit di Alor Setar, Sungai Petani, Ipoh, sekitar Lembah Klang, Muar dan Kuala Krai.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain