Sebanyak 1,000 megawatt T4 yang dimiliki oleh Malakoff Corporation Berhad (“Malakoff”) mencatat pencapaian yang penting apabila arang batu digunakan untuk menyalakan dandang tersebut, selepas pencapaian sebelumnya pada 31 Mei 2015, di mana dandang tersebut telah dinyalakan menggunakan bahan api minyak.

“Penyalaan menggunakan arang batu menandakan pembinaan projek T4 dilaksanakan mengikut jadual.

"Selepas ini, loji janakuasa ini akan diselaraskan ke grid nasional dan seterusnya mencapai tarikh operasi komersial seperti yang telah dijadualkan,” kata Dato' Sri Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff.

Operasi komersial T4 dijadualkan pada 1 Mac 2016.