Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Malakoff teruskan usaha pemeliharaan terumbu karang Pulau Aur

Projek Pemeliharaan dan Pembersihan Terumbu Karang Sempena Memperingati Hari Kemerdekaan

malakoff terumbu karang 2 2
Projek Pemeliharaan dan Pembersihan Terumbu Karang Malakoff 2015 telah berlangsung di perairan Pulau Aur, Mersing, Johor dari 28 hingga 30 Ogos 2015 lalu. - Foto Malakoff

Pulau Aur (Mersing) 4 Sept. – Malakoff Corporation Berhad (“Malakoff”) hari ini meneruskan komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar menerusi kerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dalam usahanya untuk memulihara ekosistem marin.

Projek Pemeliharaan dan Pembersihan Terumbu Karang Malakoff 2015 telah berlangsung dari 28 hingga 30 Ogos 2015, untuk menekankan kepentingan pemeliharaan terumbu karang terhadap ekosistem marin serta mewujudkan kesedaran dan sokongan masyarakat setempat dalam menangani ancaman terhadap organisma tersebut.

Projek tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Inventori Sumber JTLM, Abdul Muntalib bin Juli, yang menghargai kesungguhan Malakoff dalam melaksanakan projek-projek sebegini.

“Ini merupakan tahun kelima kami bekerjasama dengan pihak Malakoff dalam menjayakan projek ekosistem marin. Kami juga telah menerima maklumbalas yang positif bagi projek-projek sebelumnya dan ini telah menyakinkan pihak Malakoff untuk terus bekerjasama dengan kami.”

“Pada tahun ini, projek tersebut dilaksanakan di perairan Pulau Aur, Mersing, Johor. Pulau Aur adalah tempat asuhan terumbu karang yang penting di Malaysia kerana mempunyai persekitaran yang menggalakkan tumbesaran terumbu karang. Berdasarkan statistik, ia merupakan habitat kepada sekurang-kurangnya 183 jenis terumbu karang dan 232 spesis ikan terumbu karang. Pulau Aur juga adalah pulau terbesar di dalam gugusan 3 buah pulau yang membentuk Taman Laut Pulau Aur,” tambah Abdul Muntalin di dalam ucapan beliau.

Pada majlis tersebut, pihak Malakoff telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada Abdul Muntalib sebagai wakil JTLM. Projek yang berlangsung selama 3 hari ini turut disertai oleh 20 penyelam dari JTLM dan Malakoff yang menjalankan aktiviti pembersihan pukat hanyut dan pemeliharaan terumbu karang di perairan Pulau Aur. 20 tukun tiruan yang telah diikat nubbin, iaitu tunas terumbu karang, telah diturunkan di perairan Pulau Aur untuk memelihara terumbu karang di kawasan tersebut. Pada masa yang sama, komuniti Pulau Aur, yang terdiri daripada nelayan, pelajar, agensi swasta dan pelancong telah menyertai program-program berkaitan ekosistem marin dan diberikan taklimat tentang kepentingan terumbu karang.

Satu selaman khas yang dinamakan “Selaman Merdeka” sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke- 58 tahun telah diadakan pada 30 Ogos 2015, di mana penyelam mengibarkan Jalur Gemilang di dasar laut semasa acara pembersihan terumbu karang dijalankan.

Mengulas tentang projek tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Dato’ Sri Syed Faisal Albar berkata projek ini juga meggambarkan keprihatinan Malakoff terhadap alam sekitar. “Kami amat berbangga dengan penglibatan masyarakat setempat dalam projek ini. Penglibatan mereka memastikan kejayaan projek ini di samping dapat membina hubungan baik yang berterusan.”

“Program alam sekitar Malakoff di Pulau Mentinggi sebelum ini telah memberi kesan yang positif kepada masyarakat setempat dan kepelbagaian hidupan marin di kawasan tersebut. Berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh komuniti Pulau Aur dalam

menjaga ekosistem di kawasan mereka, saya yakin kejayaan yang sama akan dicapai pada kali ini,” tambah beliau.

Hasil daripada komitmen terhadap alam sekitar, Malakoff telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan serantau. Antara anugerah yang telah diterima oleh Malakoff adalah Anugerah Langkawi 2014 dan Penghargaan Khas Minggu Alam Sekitar 2013 oleh NRE, Anugerah “Malaysia’s Top 30 Catalysts 2014” oleh GreenTech Malaysia, Anugerah “CSR of the Year 2013” oleh Institut Pengurusan Malaysia (MIM), Anugerah “Asia Responsible Entrepreneurship 2013” dalam kategori

Kepimpinan Hijau, Penghargaan bagi Inisiatif Pengekalan Habitat sempena Hari Laut Sedunia 2012 oleh NRE dan Anugerah CSR Perdana Menteri 2010 dalam kategori Alam Sekitar, anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain