Menurut sumber, ura-ura melepaskan pegangan dalam KUB itu hanya sekadar khabar angin kerana tidak ada sebarang keputusan mengenainya.

Bagaimanapun kata sumber itu, sebagai sebuah syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia, saham-saham KUB terbuka untuk diurus niaga sama kepada kepada bumiputera atau bukan bumiputera.

"KUB adalah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, jadi sesiapa sahaja boleh membeli sahamnya termasuk bukan bumiputera," kata sumber berkenaan.

Malah kata sumber itu, nilai saham KUB adalah 40 sen sesaham setakat jumaat lalu. Manakala nilai aset sesaham adalah 59 sen bukannya 72 sen seperti yang dilaporkan.

Semalam media melaporkan tentang khabar ingin mengenai wujud usaha untuk KUB melepaskan saham majoritinya kepada salah seorang daripada 10 individu terkaya di Malaysia dgn harga yg ditawarkan 68 sen sesaham. 

Usaha tersebut dikatakan sudah digerakkan tetapi terhenti seketika buat masa ini kerana ada pihak dalam kalangan mereka yang menguasai saham majoriti KUB menentang penjualannya kepada bukan bumiputera.

Pada 4 Januari lalu, Bernama melaporkan, Anchorscape telah menerima pertanyaan daripada beberapa pihak yang berminat untuk memiliki sebahagian kepentingan syarikat itu dalam KUB.- UTUSAN ONLINE