Ketua Pegawai Eksekutif MAB Academy, Kapten Kamaruddin Kamilin berkata, langkah tersebut akan mengukuhkan kedudukan MAB Academy sebagai pusat pembelajaran dalam industri penerbangan serantau.

"Usaha sama ini memberi peluang kepada MAB Academy untuk menawarkan sebanyak 10 kursus IATA sebagai permulaan bagi tahun 2018, berkaitan dengan industri penerbangan mengikut keperluan di rantau ini.

"Ia akan dijalankan oleh fasilitator IATA dengan latihan pertama dijangka bermula 26 Februari tidak lama lagi," katanya dalam majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua entiti itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE