Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, kerjasama itu sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama dipilih oleh syarikat gergasi dari China itu menerusi ‘projek Cirrus’. 

Malah, kata beliau, usaha itu juga merupakan salah satu inisiatif di bawah Dasar One Belt, One Road (OBOR) yang dicetuskan oleh Presiden China, Xi Jinping sebagai strategi pembangunan yang memberi fokus kepada kesalinghubungan dan kerjasama dalam kalangan negara-negara.

“Menerusi program ini, belia tempatan yang terpilih akan dihantar ke Beijing untuk dilatih di Zhongguancun.

“Jadi, dengan bantuan kerajaan dan syarikat swasta, golongan tersebut berpeluang mendapatkan latihan dan penyelidikan dalam bidang teknologi tinggi,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara ZBRA dan Anbound Malaysia, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Anbound Malaysia, Dr. Edward Foo dan Presiden ZBRA, Zhang Xiaodong. - UTUSAN ONLINE