Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd., Wing K. Lee berkata, beberapa perancangan telah diteliti dan sedia untuk dilaksanakan. 

Beliau berkata,sejak YES dilancarkan pada 2010, YTL Communications komited untuk mengurangkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

“Sebagai peneraju rangkaian liputan evolusi jangka panjang (LTE) generasi keempat (4G) di Malaysia kami akan terus membawakan pengalaman hebat untuk para pelanggan bagi membuktikan komitmen berterusan syarikat,” katanya kepada pemberita pada sesi taklimat di sini hari ini. 

Beliau berkata, YES kini memiliki lebih satu juta pelanggan dan yakin angka itu akan bertambah seiring dengan peningkatan penggunaan peranti yang menyokong liputan 4G dan 4G+ pada masa hadapan. -UTUSAN ONLINE