Ketua Pegawai Eksekutif Yong Tai, Datuk Wira Boo Kuang Loon berkata, teater berkenaan yang dijangka mula beroperasi pada suku kedua 2018 terletak di dalam pembangunan Impression City.

“Teater Encore Melaka akan memberi sumbangan besar kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian di antara Yong Tai dan enam agensi pelancongan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE