SAN FRANCISCO Feb. 7 - Pihak Yahoo masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap tawaran Microsoft untuk membeli syarikat internet itu pada harga AS$44.6 bilion (RM144.1 bilion) dalam bentuk tunai dan saham.
Ketua Eksekutif Yahoo, Jerry Yang berjanji kepada kakitangannya, pihak pengurusan sedang berusaha untuk mengelak pengambil alihan syarikat oleh Microsoft.
''Lembaga Pengarah masih menimbang potensi alternatif strategik terhadap penawaran Microsoft,'' katanya dalam e-mel yang telah difail di Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Amerika Syarikat.
- AFP