Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Xioami, Lei Jun berkata, model berkenaan mempunyai ciri-ciri seperti skrin telefon yang besar dan beberapa lagi perbandingan yang setara dengan pesaingnya, Apple.

“Ditawarkan pada harga 2,299 Yuan (RM1,317) bagi model yang didatangkan dengan memori 16 gigabait, Mi Note ini akan dijual pada harga kurang dua pertiga daripada iPhone 6 Plus,” katanya semasa majlis pelancaran telefon pintar itu di sini hari ini.

Hanya baru tiga tahun telefon pintar pertamanya dijual, dana sebanyak AS$1.1 bilion yang diumumkan firma itu pada Disember lalu, meletakkan Xiaomi kini bernilai AS$45 bilion. Syarikat berkenaan juga telah meningkat menjadi pengeluar ketiga dunia serta mencabar Apple dan Samsung Electronics Co. Ltd. serta pesaing domestik seperti Huawei Technologies Co. Ltd.

Xiaomi juga telah mengambil langkah untuk mengurangkan perbandingan dengan model Cupertino daripada Apple walaupun ia digelar “Apple China”.

“Model telefon Mi Note ini lebih pendek, nipis dan ringan daripada iPhone,” katanya. – REUTERS