Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Xiaomi hasilkan cip pemprosesan buatan sendiri

Lei Jun
Lei Jun

BEIJING 1 Mac – Pengeluar telefon pintar China, Xiaomi Inc. meng­umumkan penghasilan cip pemprosesan buatan sendiri pertama syarikat berkenaan, Surge S1 yang akan mula digunakan dalam telefon pintar terbaharu Xiaomi iaitu Mi 5c.

Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun berkata, penghasilan Surge S1 juga merupakan usaha Xiaomi untuk menyelaraskan pengeluaran, mengurangkan harga dan memperoleh kawalan lebih besar dalam reka bentuk telefon bimbit bagi mengurangkan impak jualan yang semakin perlahan.

Cip berkenaan adalah cip pemprosesan pertama mengurus ali­ran data yang dihasilkan syarikat penyelidikan cip milik penuh Xia­omi, Beijing Pinecone Electronics.

“Kami perlu menguasai tek­nologi teras dalam industri ini dan ber­usaha menggabungkan perkembangan perkakasan de­ngan perisian supaya dapat membantu mengeluarkan telefon pintar yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Telefon pintar model Mi 5c akan mula dijual Jumaat ini pada harga AS$218 (RM969.88).

Xiaomi pernah menjadi syarikat permulaan paling bernilai dunia pada 2014, namun telah menyaksikan ke­jatuhan jualan dise­babkan persaingan hebat termasuk daripada Huawei, Vivo dan Oppo.

Menurut Xiaomi, cip pemprosesan dalaman berkenaan merupakan satu daripada projek mereka selain peranti pintar rumah dan perbankan dalam talian yang diharapkan membawa pengguna dekat dengan ekosistem syarikat dan mengurangkan kos.

Xiaomi telah mula membina cip pemprosesan hanya dua tahun lalu dan merupakan saingan terhebat kepada cip pemprosesan dalam kelas yang sama daripada peneraju pasaran iaitu Qualcomm Inc.

“Ujian menunjukkan Surge S1 mampu mengatasi cip pemprosesan Qualcomm iaitu Snapdragon 625 yang digunakan dalam kebanyakan telefon pintar ketika ini terma­suk dalam siri Redmi Xiaomi,” kata­nya. Pengumuman Xiaomi itu dibuat selepas kerajaan China berusaha untuk meningkatkan keupayaan reka bentuk cip pemprosesan buatan negara tersebut melalui pemberian inisiatif termasuk subsidi. – REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain