Pengiktirafan pertama di­peroleh melalui pengasas yang juga Pengerusi Eksekutif WBG, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah yang menerima Anugerah The BrandLaureate Special Edition World Award Hall of Fame Life Time Achievement Award.

Anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Brand, Rainer Aithoff.

Muhamad Ikmal menerima anugerah itu berdasarkan pencapaian cemerlang sebagai usahawan dan pemimpin perniagaan yang berjaya khususnya dalam membina WBG menjadi antara entiti perniagaan bertaraf peneraju dalam industri pembinaan dan kejuruteraan awam di Malaysia.

Anugerah kedua diterima melalui cabang pendidikan WBG, Kolej Universiti Widad yang dinobatkan sebagai The BrandLaureate Special Edition World Award dalam kategori Jenama Kepimpinan Perniagaan Mapan Antarabangsa.

The BrandLaureate adalah satu-satunya yayasan yang memberi pengiktirafan berkaitan jenama dan penjenamaan dunia yang dikendalikan oleh Asia Pacific Brand Foundation.

Yang turut hadir ialah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah dan Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan.