Menurut portal Gadget 360, penambahbaikan itu akan memberi manfaat kepada lebih 1.2 bi­lion pengguna WhatsApp di seluruh dunia.

Bagaimanapun jelasnya, fungsi berkenaan hanya terdapat pada versi WhatApp terkini dan khusus untuk iPhone.

“Buat masa ini belum ada versi penuh atau beta dikeluarkan untuk sistem operasi Android,” jelas portal itu di sini hari ini.

Menurut portal itu lagi, untuk mengaktifkan fungsi mod malam, pengguna perlu menyentuh ikon bulan sabit yang berada di bahagian atas se­belah kanan skrin.

Tambahnya, setelah diaktifkan gambar kelihatan lebih cerah berbanding sebelumnya dan ikon tersebut hanya muncul sekiranya sensor kamera mengesan ke­adaan yang kurang pencahayaan.

“Mod malam ini hanya untuk mengambil gambar dan ia tidak boleh digunakan untuk merakam video atau ketika membuka aplikasi dalam mod video,” jelas­nya. – AGENSI