Menurut WhatsApp, pada tahun lalu aplikasi itu telah mengumumkan pencapaian satu bilion pengguna aktif bagi setiap bulan di seluruh dunia.

“Sama ada berkongsi foto dan video, panggilan video atau kemas kini harian kepada rakan dengan Status, komunikasi menerusi WhatsApp adalah lebih mudah dan peribadi.

“Kami menghargai sokongan orang ramai menggunakan ciri-ciri WhatsApp ini untuk berhubung antara satu sama lain,” jelasnya dalam satu perkongsian blog di laman web WhatsApp di sini hari ini.

Tambah aplikasi itu, selain meraikan kejayaan, WhatsApp akan lebih komited untuk mewujudkan pelbagai ciri berguna sambil menawarkan kepercayaan, ke­se­der­hanaan dan keselamatan.

Perkongsian foto di blog tersebut juga menunjukkan bilangan pengguna aktif bulanan WhatsApp ketika ini mencecah 1.3 bilion.

Selain itu, sebanyak 55 bilion mesej, 4.5 bilion foto serta satu bilion video dikongsi dan dihantar setiap hari menerusi platform berkenaan. – AGENSI