Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah berkata, perba­danan itu sedia maklum terdapat insiden bahawa orang awam telah dihubungi segelintir pihak yang mewakili pelbagai organisasi meminta bayaran bagi perlindungan PIDM.

“Kami ingin menekankan bahawa perlindungan yang disediakan untuk pendeposit, pemilik sijil takaful dan polisi insurans adalah automatik. PIDM tidak meminta sebarang pembayaran daripada orang ramai.

“Sila hubungi pusat panggilan kami di talian 1800-88-1266 untuk mendapatkan penjelasan lanjut atau e-mel di [email protected],” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PIDM merupakan ba­dan berkanun yang menyediakan perlindungan terhadap kehilangan simpanan bank dan manfaat insurans atau takaful dengan institusi ahlinya sekiranya berlaku sebarang kehilangan.

Rafiz Azuan berkata, PIDM ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan maklumat kewangan mereka terutamanya akaun bank atau butiran kad kredit kepada pihak ketiga.

“PIDM merupakan agen­si kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta PIDM untuk mentadbir Sistem Insurans Deposit (DIS) dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS).

“Kami melindungi pen­deposit sama ada individu atau perniagaan terhadap kehilangan simpanan bank yang diinsuranskan serta pemilik sijil takaful dan polisi insurans terhadap kehilangan manfaat takaful dan insuran yang layak,” katanya.