Azrin Sabirin
AZRIN SABIRIN

Pengarah Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Azrin Sabirin berkata, program berkenaan di­­perkenalkan bagi mem­bantu lebih ramai perunding kewangan untuk terlibat sama me­mainkan peranan aktif menyebarkan mak­­­lumat berkaitan ke­pentingan peranca­ngan harta pusaka kepada umat Islam.

Menurutnya, perunding kewangan seluruh negara yang berminat menyertai program tersebut boleh mendaftar secara dalam talian melalui laman web Wasiyyah Shoppe.

“Perunding kewangan yang berdaftar di bawah program ini boleh merujukkan pelanggan mereka yang berminat untuk mengetahui ten­­tang instrumen pe­­rancangan harta pu­­saka secara syariah kepada Wasiyyah Shop­pe secara dalam talian.

“Selepas itu, kami akan menghantar perunding harta pusaka kami untuk bertemu pelanggan berkenaan bagi memberikan se­gala maklumat yang ingin diketahui.

“Penyertaan di dalam program Rakan Mawarith ialah percuma dan perunding kewangan berkenaan tidak perlu menjalani apa-apa latihan, tiada keperluan untuk apa-apa jam kredit atau apa-apa kuota jualan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wasiyyah Shoppe, organisasi pakar dalam pengurusan dan perancangan harta pusaka Islam selain merupakan penyedia dokumen hibah terbanyak dan berpengalaman di negara ini.

Dalam pada itu, Azrin berkata, Wasiyyah Shoppe juga sedang memberi tumpuan kepada pemantapan urus tadbir korporat, mengemaskini sistem perkhidmatan pelanggan dan pengenalan produk baharu yang lebih bersesuaian dengan keperluan pe­langgan dan pasaran.

Katanya, syarikat berkenaan juga telah melantik beberapa pengarah baharu bagi memantapkan pentadbiran dan kelancaran perniagaan iaitu peguam, Shaik Mohamed Imran Mohd. Ismeth Bashah; akauntan, Salihin Abang; bekas pengarah urusan institusi perbankan Islam, Datuk Ahmad Tajuddin Abd. Rahman dan bekas presiden syarikat berkaitan kerajaan, Datuk Zabir Bajuri.

“Selain itu, kami juga akan bergerak secara agresif mendidik masyarakat mengenai kepentingan perancangan harta pusaka secara syariah dan pemahaman mengenai hukum hakam yang berkaitan dengan mengadakan kira-kira 250 ceramah seluruh negara,” katanya.