Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Volvo lancar siri baharu model FH, mampu jimatkan kos operasi pelanggan

Volvo lancar siri baharu model FH
Pengarah Urusan Volvo Malaysia Sdn. Bhd., Mats Nilsson (dua dari kiri) bersama Naib Presiden Kanan Jualan Volvo Trucks Intenational, Helene Mellquist (tiga dari kiri) bergambar bersama model baharu Volvo FH di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

SHAH ALAM 19 April - Pengeluar kenderaan berat terkemuka, Volvo Trucks melancarkan siri baharu model trak Volvo FH yang menampilkan pelbagai ciri teknologi yang mampu menjimatkan kos operasi pelanggan terutamanya dalam sektor pengangkutan.

Model terbaharu itu merupakan keluaran premium serta yang pertama dihasilkan syarikat itu yang memberikan penjimatan penggunaan bahan api tanpa menjejaskan prestasi kenderaan.

Menurut Pengarah Urusan Volvo Malaysia Sdn. Bhd., Mats Nilsson berkata, siri baharu Volvo FH merupakan trak yang tahan lasak dan dilengkapi dengan pelbagai inovasi yang akan memberi impak positif kepada kos pengendalian operasi pengangkutan di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara secara keseluruhannya.

"Volvo FH baharu sememangnya model trak tahan lasak yang dijana dengan enjin yang mampu menghasilkan tork yang tinggi.

"Di samping itu kesemua model ini turut dilengkapi teknologi Volvo I-Shift dengan gear rantai yang mampu memastikan pemanduan yang tepat dan terkawal sekaligus menjimatkan penggunan bahan api," katanya semasa majlis pelancarannya di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain