Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, program tersebut bakal memberikan ketenangan minda kepada pemilik kenderaan kerana kos penyelenggaraan akan ditanggung oleh Volkswagen.

Menurut beliau, Volkswagen bukan sahaja mengukuhkan perkhidmatan selepas jualan, malah turut mengambil kira pengalaman pemilikan kende­raan oleh pelanggan.

“Dengan adanya program ini pemilik tidak perlu bimbang tentang penyelenggaraan kereta mereka.

“Selain itu, ia juga mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap para pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Program tersebut merangkumi semua kos penyelenggaraan sebagaimana yang diperlukan dalam servis berkala.

Bagaimanapun ia tidak melibatkan alat-alat ganti lusuh seperti cakera brek, pad brek, penggilap cermin dan mentol lampu.

“Pemilik kenderaan juga perlu mematuhi jadual penyelenggaraan di pusat servis sah Volkswagen atau berisiko jaminan akan terbatal.

“Sebagai tambahan pelanggan yang membeli mana-mana varian Passat akan menikmati kadar faedah rendah bermula 0.88 peratus setahun,” ujarnya.