Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, Volkswagen pernah terlibat dengan kejohanan sama bagi edisi perlumbaan 2016.

Menurut beliau, VPCM menyediakan sebanyak 180 buah kereta Volkswagen yang terdiri daripada pelbagai model seperti Polo, Vento Highline, Passat Trendline, Passat Highline dan Tiguan Highline.

“Semua kenderaan ini akan digunakan oleh para pelumba, petugas keselamatan dan pegawai sepanjang lapan hari kejohanan berlangsung.

“Selaku rakan automotif, VPCM turut menyerahkan jersi putih kepada Juara Asia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Winter berkata, pihaknya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada LTdL 2018.

“Kami gembira kerana dapat menyokong perlumbaan dengan rangkaian model Volkswagen dan teruja untuk melihat ketahanan, kelincahan dan kekuatan yang dipamerkan oleh para pelumba bertaraf dunia.

“Bagi pihak Volkswagen, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta,” kata beliau.

Perlumbaan LTdL 2018 bermula 18 hingga 25 Mac. Sejak peng­anjurannya kali pertama pada 1996 LTdL telah menerima pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Ia kini diiktiraf sebagai acara penting dalam kalendar berbasikal di peringkat global dan sentiasa menarik perhatian para pelumba terbaik dari seluruh dunia.