Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] 'Syoknya kenduri' meriah

SYOK KENDURI
PENGARAH Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas (dua dari kiri) menyampaikan cenderama kepada penceramah Syamsul Amri Ismail .- UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 13 Mac - Majlis ‘Syoknya kenduri’ anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) meriah dengan kehadiran lebih 1,000 kakitangan Utusan dan Kosmo yang diadakan di Dewan Utusan di sini hari ini.

Acara yang julung-julung kali diadakan itu tampil dengan pelbagai aktiviti antaranya kenduri pot luck dan ceramah perdana yang disampaikan oleh penceramah popular Syamsul Amri Ismail atau dikenali Syamsul Debat.

Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas berkata, melalui majlis kenduri itu kakitangan Kumpulan Utusan dapat bekerjasama dalam menjalankan program-program yang mampu mewujudkan hubungan yang baik antara sesama sendiri.

Katanya, program kenduri itu wajar diteruskan pada masa akan datang kerana memberi banyak manfaat kepada seluruh kakitangan.

“Dengan adanya program seperti ini, seluruh kakitangan dapat berkenalan antara satu sama lain selain bertukar-tukar pandangan dan melaksanakan tangunggjawab mereka untuk menjayakan program ini,” katanya ketika ditemui Utusan Online di sini hari ini.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Mohd. Nordin turut melancarkan logo terbaharu Bakum yang dilihat tepat pada masanya selepas 39 tahun penubuhan kelab itu.

Yang Dipertua BKUM, Saiful Bakhtiar Hamik berkata, sudah tiba masanya logo itu diperbaharui sejajar dengan perkembangan semasa dan perubahan yang telus bagi mencorak hala tuju kelab itu ketika ini.

“Kita sudah lihat logo yang sama sejak dahulu namun kita mahukan perubahan agar ianya sentiasa relevan dari semasa ke semasa.” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain