Sesi tersebut akan diadakan dari pukul 8 hingga 10 malam.

Pengurus Pengurusan Jenama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Hazura Ahmad Halil berkata, dengan bayaran sebanyak RM90, peserta bukan sahaja mendapat peluang tambahan mempelajari ilmu saham secara lebih dekat dan terperinci bahkan akan menerima tawaran eksklusif langganan Akhbar Digital Utusan percuma selama setahun.

“Di samping itu, dengan hanya bermodalkan RM10 peserta berpeluang merakam potret berkua­liti bersaiz A4 secara individu ataupun bersama rakan-rakan di Mini Studio Utusan untuk dijadikan kenangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia terbitan Kumpulan Utusan akan me­nganjurkan Simposium Saham Utusan 2017 pada Sabtu ini dan dibuka percuma kepada semua pembaca Utusan Malaysia.

Program itu akan menampilkan kolumnis tetap Cikgu Saham yang disiarkan setiap Rabu di Utusanbiz, Zuraida Mohd. Zakaria bersama tiga lagi pakar dalam industri iaitu Pe­ngurus Shariah & Governance of Islamic Capital Market, Bursa Malaysia Berhad, Muhammad Hasanan Yunus; Penolong Pe­ngurus Pasaran Data Jualan dan Pemasaran SI Portal.com Sdn. Bhd., C.Y Leow dan Konsultan AFIQ Training & Advisory, Suzardi Maulan.

Bagi 500 peserta terawal, mereka akan menerima cende­ramata eksklusif berupa majalah terbitan Kumpulan Utusan, pakej spa, sebatang pen daripada Bursa Malaysia dan risalah khas saham.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai Simposium Saham Utusan boleh mendaftar secara dalam talian di http://bit.ly/simposiumsahamutusan2017 atau hadir terus ke meja urus setia pada hari tersebut. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Pengurusan Jenama Kumpulan Utusan di talian 03-92324428/4431/4432.