Dengan meningkatnya kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan pengambilan makanan yang betul, makan secara positif, dan makan makanann yang berkhasiat, turut membuka ruang kepada penyedia makanan untuk menawarkan makanan yang berkhasiat.

Untuk itu sepanjang tiga hari bermula hari ini, Kenny Rogers Roasters mengadakan promosi ‘Red Hot Meal For 2’ sebagai tanda sokongan kepada pelanggan-pelanggan setianya.

Menurut Pegurus Pemasaran Kanannya, Thila Chandran, pihaknya gembira untuk memperkenalkan hidangan promosi itu kerana ia mengingatkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan hidangan seimbang.

Katanya, promosi tersebut sememangnya diadakan sempena kedatangan tahun baharu ini merupakan tahun kesembilan mereka melaksanakannya.

“Bagi menyokong amalan makanan sihat, kami menyajikan tetamu kami dengan pelbagai pilihan yang tepat dan lazat dan promosi Red Hot Meal For 2 ini sememangnya diadakan setiap awal tahun di semua cawangan Kenny Rogers Roasters seluruh negara.

“Jadi sepanjang tiga hari promosi berlangsung, pelanggan boleh menikmati sajian red hot pada harga RM25 untuk dua hidangan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran promosi tersebut di cawangan Mid Valley Megamall, di sini hari ini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati sajian ini yang sememangnya merupakan sajian sihat dan seimbang untuk seisi keluarga. - UTUSAN ONLINE