Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holding Sdn. Bhd., Datuk Samson Anand George berkata, Kia Picanto menyasarkan jualan 5,000 unit untuk tahun ini.

“Pihak kami yakin dengan rekaan moden, inovatif dan sporty ini dapat menarik pelanggan.

“Model ini adalah penting kerana ia akan mewakili 50 peratus daripada keseluruhan sasaran jualan Naza Kia untuk tahun ini,” kataya selepas melancarkan Kia Picanto di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC)

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd, Ivan Kuan dan Ketua Perancangan Strategik dan Produk, Muhamad Shahrul Farhan Abdul Wahab.

Kia Picanto didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu, Pop Orange, Lime Light, Honey Bee, Clear White dan Titanium Silver. - UTUSAN ONLINE