Menurut ketua pegawai eksekutifnya, Dr. Lee Chee Pheng, jangkaan minimum berkenaan dibuat berdasarkan kerjasama dengan dua buah syarikat antarabangsa masing-masing, dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, yang telah dimeterai dalam satu Memorandum Perrsefahaman (MoU) di sini hari ini.

Chee Pheng menjelaskan, MoU antara pihaknya dengan syarikat Core Health and Fitness LLC (Core LLC) dan Global Connect Academy (GCA) bakal membolehkan MSNS meneroka pasaran luar terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah.

Tambah beliau, MoU berkenaan memastikan setiap Klinik MSNS baik di dalam dan luar negara akan mempunyai pengiktirafan, teknologi, kepakaran serta pengetahuan menepati piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikongsi oleh ketiga pihak yang terlibat.

"Ini membolehkan kami meneruskan hasrat untuk meneroka pasaran antarabangsa seperti Eropah kerana kami tahu dalam masa terdekat perniagaan ini pada masa hadapan yang terdekat akan memberikan pulangan yang amat lumayan.

"Berdasarkan analisa terhadap penubuhan 20 pusat kesihatan yang kami rancang, kami jangkakan dengan perlaksanaan pertumbuhan yang agresif, pulangan minima sekitar RM28 juta boleh diperolehi," kata beliau kepada media dalam sidang akhbar selepas majlis MoU berkenaan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE