Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Honda Malaysia kuasai 19.2% pasaran kenderaan

SHAH ALAM, 2 MAC 2017 _ Seorang model bergambar bersama Honda
SHAH ALAM, 2 MAC 2017 _ Seorang model bergambar bersama Honda City pada Majlis Pelancaran Honda City baharu di Pusat Konvensyen Setia Alam di sini hari ini. UTUSAN/Suriya Bonma

SHAH ALAM 5 Mac – Honda Malaysia yakin capai sasaran jualan sebanyak 100,000 unit tahun ini apabila penguasaan pasarannya mencecah 19.2 peratus setakat Januari iaitu rekod tertinggi jenama itu bagi operasi domestik dan global.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi berkata, dalam tempoh dua bulan iaitu Januari dan Februari, sebanyak 16,287 unit kenderaan telah terjual, me­ningkat daripada 11,360 unit tempoh sama tahun sebelumnya.

Menurut beliau, sasaran ke­seluruhan untuk tahun ini itu akan disokong oleh jualan model City dipertingkatkan yang diper­kenalkan 2 Mac lalu, BR-V serta dua lagi model baharu yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

“Honda Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 2,000 unit City yang dipertingkatkan sebulan. Setakat hari ini, hampir 1,000 tempahan untuk City diterima, manakala BR-V pula sebanyak 8,500 unit,” katanya pada majlis pelancaran rasmi City di sini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah dan Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akkbar Danial.

Honda Malaysia meningkatkan penanda aras pasaran automotif tempatan dalam segmen sedan menerusi model segmen-B City yang dipertingkatkan dilengkapi dengan ciri-ciri dipertingkatkan daripada segmen C tanpa peningkatan harga.


Video oleh MOHD. HAZLI HASSAN

Walaupun dengan pelbagai pe­nambahbaikan, harga varian E dan V tidak berubah iaitu ma­sing-masing pada RM84,600 dan RM92,000 seunit, manakala va­rian S pula dikurangkan sebanyak RM1,000 berbanding S+ sebelum ini kepada RM78,300.

Honda City yang dipertingkatkan dilengkapi Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) sebagai ciri keselamatan standard baharu bagi semua varian.

Selain itu, ciri standard lain termasuklah sistem kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin, lampu pencahayaan siang (DRL) diod pemancar cahaya (LED), cermin sisi boleh lipat automatik dan rim aloi dua tona.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain