Video oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA

Pengerusi Eksekutif Dagang Net Technologies Sdn. Bhd., Datuk Samsul Husin berkata, antara pasaran yang akan diteroka adalah Indonesia, Filipina dan Jepun serta pihaknya telah menyediakan pautan dalam talian serta lebih teliti dalam pemilihan produk yang akan dijual.

“Kami memilih produk-pro­duk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai standard antarabangsa. GoHalal akan mengikut kapasiti usahawan berkenaan dan sekiranya mereka memerlukan bantuan dari segi kewangan dan pemasaran kami sedia membantu.

“Sehingga kini GoHalal mempunyai lebih 300 usahawan de­ngan lebih 1,000 produk yang ditawarkan secara dalam dan luar talian. Kami tidak menekankan kepada kuantiti peniaga yang berdaftar tetapi memberi tum­puan kepada kualiti produk yang dijual,” katanya kepada pembe­rita dalam majlis pelancaran kerjasama GoHalal dan Aliff By Sha di sini hari ini.