Ketibaan delegasi seramai 13 orang itu disambut oleh Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan dan Pengerusi MRCB Builders Sdn. Bhd., Datuk Seri Ir. Judin Abdul Karim.

Deligasi Kumpulan Utusan kemudiannya dibawa melawat ke sekitar Stesen Sentral Kuala Lumpur (SSKL) bagi meninjau perjalanan hab pengangkutan utama negara yang mula beroperasi pada 2001.

Selepas itu, satu perbincangan diadakan di antara Nordin bersama Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din bagi mengeratkan hubungan serta meneroka jalinan kerjasama antara kedua-dua organisasi.

Selain daripada itu, delegasi Kumpulan Utusan turut dibawa melihat replika projek pembangunan yang dimajukan MRCB, tontonan video korporat syarikat berkenaan sebelum diakhiri dengan majlis jamuan makan.

Yang turut hadir mewakili Kumpulan Utusan Pengarah Eksekutif Yayasan Kumpulan, Datuk Dr. A. Ganesan; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hassan Mohd. Noor; Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Jamal Ahmed; Ketua Pegawai Kewangan, Wan Nor Asmah Wan Ismail dan Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat dan Pengurusan Risiko, Ahmad Razif Mohamed.

Turut hadir sama, Pengarah Eksekutif Utusan Job House Sdn. Bhd., Sobri Ahmad; Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar Abdul Rahman dan Pengarang Berita Ekonomi Utusan Malaysia, Johardy Ibrahim.

Sementara yang turut hadir mewakili MRCB adalah Ketua Pegawai Kewangan, Ann Wan Tee; Ketua Pegawai Operasi, Kwan Joon Hoe dan Ketua Pegawai Korporat, Amarjit Singh Chhina. - UTUSAN ONLINE