Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata sehingga petang ini seramai 1,423 delegasi yang telah mendaftar.

“Kita mengalu-alukan dalam 200 delegasi lagi untuk mencapai sasaran penyertaan.

“Sehingga kini sebanyak 98 negara telah mengesahkan kehadiran daripada 105 buah negara, antaranya, China, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada dan Afrika Selatan,” katanya ketika mengadakan sidang akhbar mengenai laporan harian ICAKL 2017.

Tambah beliau, sebanyak 40 kertas kerja akan dibentangkan dalam persidangan kali ini yang merangkumi pelbagai sektor termasuk pembagunan belia, pelarian, pekerja asing dan sebagainya. - UTUSAN ONLINE