Menurut Utusan Melayu, syarikat dalam masa sama kekal memberi tumpuan kepada perniagaan teras iaitu jualan akhbar dan iklan bercetak serta dalam talian.

Katanya, satu projek pembangunan hartanah di kawasan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur dijangka siap sebelum akhir bulan ini dan akan meningkatkan nilai aset Kumpulan.

“Di samping itu, projek pembekalan tablet kepada guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan masih lagi diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Utusan Melayu dan anak-anak syarikatnya mencatatkan pe­ningkatan perolehan sebanyak 30 peratus berjumlah RM53.83 juta pada suku kedua berbanding RM41.51 juta pada suku pertama 2017.

Menurut Utusan Melayu, peningkatan perolehan berkenaan keba­­nyakannya disumbang oleh pendapatan daripada projek pembekalan tablet kepada guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan.

Katanya, Utusan Melayu juga merekodkan kerugian sebelum cukai yang lebih rendah iaitu sebanyak RM10.7 juta bagi suku kedua berbanding kerugian RM23 juta dalam suku sebelumnya.

“Namun begitu, bagi tempoh setengah tahun berakhir 30 Jun 2017, Kumpulan telah mencatatkan penurunan perolehan seba­nyak RM10.5 juta berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai disebabkan penurunan kos operasi sebanyak 13 peratus terutamanya dalam kos bahan mentah dan kos perbelanjaan manfaat pekerja,” katanya.