Timbalan Menterinya, Datuk Datu Nasrun Mansur berkata, usaha tersebut bukan hanya menambah keluasan tanaman lada hitam tetapi turut meningkatkan kualitinya.

Beliau berkata, hal ini kerana terdapat sesete­ngah pengilang yang didapati menyalah gunakan jenama Lada Sarawak yang mana mereka mengimport lada berkualiti rendah tetapi diproses di Malaysia dan menggunakan jenama tersebut.

“Daripada segi kualiti, jenama Lada Sarawak cukup maju dan berdaya saing di pasaran dunia.

“Malangnya, ada sesetengah pengilang me­nyalah gunakan jenama Lada Sarawak dengan tindakan mengimport lada hitam berkualiti rendah untuk diproses di Malaysia sebelum dieksport ke luar negara menggunakan jenama Lada Sarawak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Jelajah Sarawak Jom Tanam Lada 2017 anjuran MPB di Dewan Suarah Sri Aman di sini, semalam.

Yang turut hadir, isteri­nya, Datin Kartini Abd. Rahman, Pengarah MPB, Dr. Harry Entebang; Re­siden Sri Aman, Indit Ba­ngai dan Setiausaha Bahagian Industri Koko dan Lada kementerian, Marian Illias.