Ketua Perkhidmatan Kewa­ngan Komuniti Maybank Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan berkata, peningkatan ketara dalam segmen perbankan mudah alih disumbang oleh aplikasi baharu Maybank yang telah dilancarkan Mac lalu serta pe­ningkatan keya­kinan pelanggan dalam urusniaga melalui platform digital.

Katanya, peningkatan tersebut juga menunjukkan trend per­bankan mudah alih terus mendapat sambutan di kala­ngan pengguna di Malaysia.

Beliau berkata, Kumpulan akan turut memperkenalkan beberapa ciri baharu dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk me­ningkatkan lagi pengalaman dan kemudahan pelanggan menggunakan platform digital Maybank.

“Fokus Kumpulan adalah un­tuk membangunkan pengalaman perbankan mudah alih yang terbaik pada kelasnya demi memenuhi permintaan pelanggan dalam perbankan dan pembayaran mudah alih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Hamirullah berkata, sempena perayaan Deepavali tahun ini, Maybank sekali lagi memperkenalkan perkhidmatan DeepaMONEY yang boleh didapati menerusi aplikasi baharu Maybank dan juga di laman web.