Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Untung TBESB meningkat 25 peratus

Mohd. Nazlee Kamal (tiga dari kanan), Mohd. Khairil Said (kiri),
Mohd. Nazlee Kamal (tiga dari kanan), Mohd. Khairil Said (kiri), Hafsah Hashim (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Biotechnology Corporations, Badrul Hisham Badruddin (kanan) bergambar selepas perasmian Sutra Shoppe di Seremban, baru-baru ini.

SEREMBAN 20 Mei – Tropical Bioessence Sdn. Bhd. (TBESB) mencatat peningkatan dalam pendapatan sebanyak 25 peratus setakat lima bulan pertama tahun ini sejak menyertai program BioNext di bawah kelolaan BiotechCorp dan SME Corp Malaysia.

Pengarah Urusan Tropical Bioessence, Mohd. Khairil Said berkata, pendapatan syarikat berstatus bionexus itu meningkat kepada RM2.75 juta berbanding RM2.25 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

“Peningkatan pendapatan ter­sebut adalah sumbangan daripada jualan produk Sutra. Pada tahun ini, kita mensasarkan pendapatan hasil jualan produk ber­kenaan meningkat lebih daripada RM3.5 juta.

“Sasaran tersebut turut di­sokong dengan penambahan be­berapa cawangan kedai konsep Sutra Shoppe, pelancaran produk baharu serta peningkatan sumbangan daripada pasaran eksport,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sutra Shoppe di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Dr. Mohd. Nazlee Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Hafsah Hashim.

Sementara itu, menurut Mohd. Nazlee, TBESB merupakan antara 10 syarikat yang dibimbing di bawah program BioNext untuk menjadi sebuah syarikat bertaraf antarabangsa.

Pada program yang bermula 2015 itu, katanya, kesemua syarikat mendapat sokongan BiotechCorp dalam usaha mengembang dan memperkukuhkan perniagaan melalui program-program bertaraf dunia seperti Bioeconomy Accelerator Programme yang dijalankan bersama Institut Larta dari Amerika Syarikat (AS).

Program BioNext melibatkan organisasi pengkomersialan teknologi daripada Universiti Oxford dengan kerjasama SME Corp Malaysia dan BDEC Resources Malaysia Sdn. Bhd.

“Program tersebut membantu merangsang pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berstatus BioNexus dan kita turut merancang untuk mewujudkan sebanyak 20 buah syarikat berasaskan bioglobal menjelang 2020,” katanya.

“Ia selaras dengan Dasar Bioteknologi Negara di mana kami ingin meningkatkan nilai eksport bioproduk Malaysia sekali gus menjadikan negara sebagai antara pemain bioekonomi berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain