AZMIR

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmir Merican berkata, pendapatan juga meningkat kepada RM460.8 juta iaitu 10.5 peratus lebih tinggi berbanding pencapaian suku pertama tahun lepas.

“Sebahagian besar daripada peningkatan tersebut diperoleh melalui pendapatan yang lebih tinggi daripada kontrak baharu dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan komersial dan kerja-kerja tambahan untuk perkhidmatan penyelenggaraan lebuh raya.

“Sementara itu, Sektor Penjagaan Kesihatan dan Infrastruktur pula terus menjadi penyumbang utama dalam keputusan positif pendapatan kumpulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE