AZMAN MOHD.
AZMAN MOHD.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. berkata, keuntu­ngan kumpulan bagaimanapun menyusut sebanyak 7.3 peratus terutamanya disebabkan oleh kenaikan kos kewangan dan cukai sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, peningkatan kos kewangan terutamanya disebabkan oleh catatan kali pertama faedah bagi dana penjimatan daripada rundingan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) berjumlah kira-kira sebanyak RM0.15 bilion.

Jelasnya, keuntungan selepas cukai turut terkesan akibat pe­ningkatan perbelanjaan cukai tertunda menyebabkan peningkatan permodalan aset bagi tahun kewangan 2016 dan 2017, yang direkodkan pada suku ketiga 2017.

“Bagi tempoh tersebut, purata harga arang batu dicatatkan le­bih tinggi, iaitu RM312.30 setiap metrik tan berbanding dengan RM234.70 setiap metrik tan pada tempoh yang sama tahun sebe­lumnya.

“Ini menyebabkan perbelanjaan operasi kumpulan meningkat sebanyak 6.2 peratus,” kata­nya da­lam kenyataan di sini hari ini.

TNB akan terus komited untuk memperoleh nilai meliputi setiap segmen bisnes di dalam kumpulan TNB melibatkan bisnes di segmen kawal selia dan tidak kawal selia.

Sejak beberapa tahun ke­belakangan ini, pencapaian bis­nes penghantaran dan pembahagian adalah konsisten dan se­tanding dengan negara-negara maju.

Azman menambah, TNB terus memastikan keperluan tenaga rakyat dipenuhi melalui pelaburan berterusan dalam industri bekalan elektrik di Malaysia, bagi sembilan bulan tahun kewangan 2017, sejumlah RM7.54 bilion perbelanjaan modal di­laburkan semula ke dalam negara.

“Ini mengukuhkan kunci kira-kira kumpulan dengan peningkatan jumlah aset kumpulan kepada RM138.2 bilion pada 31 Mei 2017,” katanya.