Perolehan naik kepada RM4.17 bilion berbanding RM3.87 bilion sebelum ini, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

MAHB berkata, perolehan dari­pada operasi lapangan terbang naik 9.3 peratus kepada RM2.94 bilion berbanding RM2.71 bilion pada 2015 susulan peningkatan perolehan aeronautikal.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, faktor penyumbang utama kepada peningkatan itu ialah pertumbuhan penumpang yang tinggi, lebih banyak perge­rakan penumpang dari satu destinasi ke satu destinasi, penyatuan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu serta penempatan semula Malindo Air ke Terminal Utama KLIA.

Sementara itu, perolehan segmen bukan lapangan terbang mencatatkan peningkatan sebanyak sembilan peratus kepada RM135.3 juta berbanding RM124.2 juta pada 2015, sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan daripada segmen hotel dan pertanian.

Mengenai operasi lapangan terbang di luar negara, perolehan segmen itu naik 4.6 peratus kepada RM948.9 juta.

Lapangan terbang di Malaysia mencatatkan 89 juta trafik penumpang pada 2016, pertumbuhan sebanyak 6.1 peratus berbanding 2015 walaupun persekitaran mencabar. – BERNAMA