Menurut AirAsia, prestasi positif itu didorong keuntungan sebanyak RM350.3 juta susulan pelupusan anak syarikat Ground Team Red Holdings Sdn. Bhd.

“AirAsia mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi sebanyak 34.2 sen sesaham pada suku pertama tahun kewangan 2018 berbanding 18.4 sen pada suku pertama tahun kewangan 2017.

“Perolehan tahunan juga meningkat 14.8 peratus kepada RM2.56 bilion pada suku pertama tahun kewangan 2018 daripada RM2.23 bilion tahun lalu,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE