Pengerusi dan Pengasas University of Cambodia, Dr. Kao Kim Hourn berkata, sekolah perniagaan universiti tersebut kini dikenali sebagai Tony Fernandes School of Business.

Beliau berkata, pengiktirafan itu diberikan ke atas Fernandes di atas kejayaannya sebagai seorang ahli perniagaan.

“Kami berbangga untuk memiliki sebuah sekolah perniagaan yang dinamakan sempena nama seorang ahli perniagaan yang cukup berjaya.

“Apa yang menjadikan beliau luar biasa adalah biarpun beliau seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya, beliau masih kekal merendah diri dan menunjukkan belas kasihan kepada orang lain melalui sifat dermawan dan sokongan kepada sukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Fernandes berkata beliau berbesar hati dan terharu dengan pengiktirafan besar yang diberikan University of Cambodia.

“Saya tidak pasti adakah saya layak untuk menerima pengiktirafan ini, tetapi saya berharap para pelajar di sini akan mendapat inspirasi daripadanya,” katanya.