Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMW Toyota rai Pengerusi, Presiden baharu

Hamad Kama Piah Che Othman (tiga dari kiri) bersama K. Ravindran
Hamad Kama Piah Che Othman (tiga dari kiri) bersama K. Ravindran (dua dari kiri) dan Asmat Kamaludin (tiga dari kanan); Ismet Suki (dua dari kanan) serta Abdul Wahid Omar (kanan) dan Akio Takeyama (kiri) diraikan dalam majlis penghargaan UMW Toyota, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 1 Mac – UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. meraikan Pengerusi dan Presiden UMW Toyota yang baharu iaitu Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan K. Ravindran dalam majlis yang turut dihadiri oleh tetamu dari Jepun dan rantau Asia Pasifik.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama berkata, kehadiran kedua-dua tokoh korporat berkenaan mampu membawa UMW Toyota mencapai tahap yang lebih tinggi.

Katanya, pengalaman luas yang dimiliki kedua-dua tokoh selain idea dan pendekatan baharu sememangnya memberi kelebihan kepada syarikat tersebut.

“Hamad Kama Piah mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam pengurusan unit amanah, pengurusan pelaburan dan kewangan korporat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu institusi pelaburan utama negara ini.

“Presiden baharu, Ravindran pula telah bersama UMW Toyota sejak 26 tahun lepas dan mempunyai pengalaman luas dengan berkhidmat dalam pelbagai bahagian dalam syarikat selain membina hubungan rapat dengan rakan kongsi bersama, Toyota Motor Corporation,” katanya.

Yang turut hadir Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pegawai Pengurusan Toyota Motor, Hiroyuki Fukui dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal Abdul Rahim.

UMW Toyota Motor merupakan pemasang dan pengedar kenderaan jenama Toyota dan Lexus di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak 1982 sebagai usaha sama antara UMW Corporation dengan Toyota Motor Corporation dan Toyota Tsusho Corporation.

Syarikat itu mempunyai rangkaian luas dengan hampir 100 cawangan jualan dan servis selepas jualan di seluruh negara dan sering menaik taraf cawangannya untuk kemudahan pelanggan.

Dalam pada itu, Takeyama turut memberi penghargaan kepada bekas Pengerusi, Tan Sri Asmat Kamaludin dan bekas Presiden, Datuk Ismet Suki atas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan kepada UMW Toyota.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain