Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMW, Sime Darby tidak bergabung

KUALA LUMPUR 13 Mac - UMW Holdings Berhad (UMW Holdings) menafikan laporan The Edge tentang penggabungannya dengan Sime Darby Motors dan tiada sebarang perancangan dalam perkara berkenaan.

.

Menurut UMW Holdings, kumpulan telah mengumumkan rancangan untuk keluar daripada sektor minyak dan gas pada 19 Januari lalu dan akan terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan inisiatif tersebut.

“UMW Holdings menamatkan segmen minyak dan gas dengan distribution in specie semua sahamnya dalam UMW Oil & Gas Corporation Berhad (UMW O&G) kepada pemegangan saham yang layak.

“Aktiviti pengagihan ini diikuti dengan langkah menamatkan aset minyak dan gas yang tidak tersenarai oleh UMW Holdings. Oleh itu, kumpulan ketika ini sedang memberi tumpuan kepada pelaksanaan inisiatif ini seperti diumumkan mengikut garis masa ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Laporan tersebut yang memetik sumber menyatakan, Permodalan Nasional Berhad (PNB) merancang untuk menggabungkan Sime Darby Motors dengan UMW Holdings yang berupaya mewujudkan syarikat motor yang teguh di bawah PNB.

PNB merupakan pemegang saham bersama dalam Sime Darby dan UMW Holdings, dengan pegangan lebih 50 peratus dalam kedua-dua entiti tersebut.

UMW Holdings ma­hu menamatkan segmen perniagaan mi­nyak dan gas dengan melupuskan semua 55.7 peratus kepentingannya dalam (UMW OG) kepada semua pemegang saham yang layak dan mahu memberi fokus kepada perniagaan teras meliputi automotif, kelengkapan dan pembuatan & kejuruteraan serta pembangunan bank tanahnya di Serendah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Feisal Abdul Rahim berkata, ia susulan penggabungan UMW OG dengan unit minyak dan gas (O&G) Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas), iaitu Icon Offshore Bhd. dan Orkim Sdn. Bhd.

Sementara itu, Sime Darby Bhd. (Sime Darby) turut mengeluarkan kenyataan sama menafikan laporan tersebut.

Menurutnya, kumpulan sebelum ini telah mengumumkan perancangannya untuk mewujudkan tiga syarikat tersenarai persendirian di Bursa Malaysia dan akan memberi fokus kepada perkara tersebut.

“Laporan ini tidak benar dan tiada penggabungan dalam perniagaan automotif melibatkan kedua-dua syarikat ini. Malah, Sime Darby Motors merupakan pengedar kedua terbesar BWM di dunia dan pemain utama dalam industri automotif di rantau Asia Pasifik.

“Amalan korporat yang dilaksanakan oleh Sime Darby Motors mengambil kira kepentingan semua pihak berkepentingan termasuk para pemegang saham dan prinsipal,” katanya.

Sebelum ini, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh berkata, syarikat berkemungkinan menyenaraikan Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. dan Sime Darby Property Bhd. di pasaran utama Bursa Malaysia pada tahun ini atau selewat-lewatnya suku pertama 2018.

Berikutan cadangan penyusunan semula dalaman berke­naan, konglomerat terbesar di Malaysia itu juga mencadangkan pengagihan keseluruhan pegangan saham Sime Darby dalam Sime Darby Plantation merangkumi 100 pera­tus saham biasa. Ini termasuk keseluruh­an pegangan dalam Sime Darby Property Bhd. merangkumi 100 peratus saham biasa dalam Sime Darby Property.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain