Menurut firma penyelidikan, CIMB Equities Research, semasa taklimat bagi penganalisis dan pengurus dana, UMW menggariskan empat manfaat penting daripada cadangan pengambilalihan terbabit.

Pertama, kepentingan strategik UMW di dalam Perodua akan meningkat daripada 38 peratus kepada 70.6 peratus.

“Kami difahamkan UMW me­rancang untuk menyatukan ke­pentingannya dalam MBMR dan Perodua selepas pengambilalihan, namun perjanjian itu perlu mendapat kelulusan daripada pemimpin syarikat masing-ma­sing,” katanya.

Kedua, pendedahan UMW da­lam segmen kenderaan ko­mersial akan meningkat melalui ke­upayaan pengedaran pelbagai jenama di MBMR termasuk Daihatsu dan Hino.

Ketiga, syarikat itu juga menjangkakan pengambilalihan dapat memperluaskan tawaran UMW dalam segmen pembuatan de­ngan mengintegrasikan perniagaan pem­­buatan komponen automotif MBMR seperti produk roda dan keselamatan, serta bunyi, getaran dan kekerasan.

Sebagai contoh, UMW melihat potensi bagi pembuat komponen automotif terbabit untuk menjadi vendornya.

Terakhir, UMW percaya ga­bu­ng­an entiti itu akan menawarkan prospek yang lebih baik dalam industri automotif, memanfaatkan kekuatan Perodua dalam segmen kereta kebangsaan, serta kedudukan UMW dalam segmen kereta bukan nasional menerusi Toyota.

“Tambahan pula, kami difahamkan UMW sedang meneroka kemungkinan untuk menjual pengedar bukan teras yang boleh bersaing dengan pemimpin dari Jepun sedia ada, Toyota dan Daihatsu,” katanya.

CIMB Research berkata, UMW juga tidak berhasrat untuk me­ningkatkan harga tawaran semasa bagi MBMR dengan premium 13 peratus kepada harga purata volum berwajaran (VWAP) lima hari.