Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, tawaran istimewa itu bermula 6 Ogos ini buat tempoh waktu yang terhad.

“Tawaran penjimatan itu meliputi kira-kira 300 unit rumah kediaman bertanah dan tinggi di lokasi strategik termasuk di Cyberjaya dan Johor Bahru.

“Bakal pembeli turut boleh menikmati bayaran pendahuluan serendah RM1,000 bagi projek Bayu Angkasa di Iskandar Puteri, Johor dan RM5,000 bagi Verdi Eco-dominiums dan Symphony Hills di Cyberjaya,” katanya dalam satu taklimat media di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE