Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UEM Sunrise sasar jualan lebih RM300j

Dari kiri, Mohamed Rastam Shahrom; Anwar Syahrin Abdul Ajib dan
Dari kiri, Mohamed Rastam Shahrom; Anwar Syahrin Abdul Ajib dan Pam Loh merasmikan kempen Signature Selection: Road to Russia 2018 UEM Sunrise di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Ogos - UEM Sunrise Bhd. menyasarkan jualan lebih RM300 juta sepanjang kempen Signature Selection: Road to Russia 2018 dari 15 Ogos hingga 30 November 2017.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Bhd., Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, sasaran itu didorong oleh sambutan menggalakkan yang diterima pada penganjuran kempen yang sama tahun lalu berjaya merekodkan jualan sebanyak RM250 juta.

Selain itu, UEM Sunrise turut memperkenalkan beberapa pelan bagi memudahkan pelanggannya membuat pembelian bagi projek-projek terpilih yang dibangunkan syarikat berkenaan.

“Bagi tahun ini kita memper­kenalkan EASY Own Plan yang terdiri daripada tiga pelan iaitu Easy Entry, Easy Plan dan Easy Privileges. Saya yakin dengan pengenalan pelan ini ia mampu meningkatkan jumlah jualan sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan untuk sepanjang kempen Signature Selection: Road to Russia 2018 ini berlangsung.

“Antara projek yang layak bagi pelan ini adalah Verdi eco-dominiums, Beethoven, Schuman dan Schubert di Symphony Hills, Cyberjaya; Residensi Ledang di East Ledang; Estuari Gardens di Puteri Harbour; Twin Villas di Nusa Idaman dan Bayu Angkasa di Nusa Bayu,” katanya pada pelancaran kempen tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Kewangan UEM Sunrise, Mohamed Rastam Shahrom dan Ketua Pemasarannya, Pam Loh.

Anwar Syahrin berkata, kempen dan pelan yang diperkenalkan UEM Sunrise adalah bagi menghargai pelanggan setianya dengan memberikan mereka ganjaran, pengalaman dan manfaat yang dapat dikongsi bersama.

Sementara itu Loh berkata, antara hartanah yang tersenarai dalam kempen tersebut terma­suklah Verdi eco-dominums, Beethoven, Residensi Ledang dan Estuari Gardens serta beberapa lagi projek UEM Sunrise di wilayah tengah dan selatan tanah air.

Pembeli yang membuat pembelian hartanah pada kempen kali ini akan berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk berpeluang menonton perlawanan Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Selain itu terdapat juga beberapa hadiah menarik yang lain termasuk baucar percutian bernilai RM20,000 setiap satu, jam tangan Tag Heuer serta jersi bola sepak yang ditandatangani pemain profesional dunia,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain