Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, model baharu berke­naan adalah model kenderaan diimport sepenuhnya (CBU) dari habnya di Thailand.

Katanya, pasaran Malaysia menawarkan lima varian bagi Triton baharu dengan jangkaan harga bermula daripada RM100,000 hingga RM140,000 sebuah di Semenanjung.

“Sehingga kini, lebih daripada 4.7 juta buah trak pikap keluaran Mitsubishi Motors Corp. (MMC) telah dibina dan digunakan di seluruh dunia.

“Di Malaysia, Triton telah terjual lebih daripada 70,000 buah sejak diperkenalkan di pasaran tempatan pada 2006,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Tambahnya MMM turut mengadakan pratonton media eksklusif bagi model Triton baharu tersebut semasa Pame­ran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS) yang diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) baru-baru ini.

Shinnishi berkata, Triton baharu dikuasakan oleh enjin turbodiesel MIVEC 2.4 liter dengan teknologi Variable Valve Timing (VVT).

“Transmisi auto enam kelajuan turut ditambah ke atas model baharu ini bagi menambah baik pemanduan,” katanya.

Triton baharu didatangkan dalam empat warna, White Diamond, Black Mica, Sterling Silver dan Graphite Grey Metallic.