Geoffrey akan menguasai portfolio harta intelek termasuk jenama, aset e-dagang dan data yang berkaitan dengan Toys R Us dan Babies R Us di Amerika Syarikat (AS) dan di seluruh dunia.

Portal CNNMoney melaporkan Toys R Us telah menutup semua cawangan di AS pada Jun lalu sebagai sebahagian daripada pembubaran kebankrapan.

Katanya, jenama Toys R Us dibebani hutang yang besar dan telah memfailkan untuk muflis pada September 2017.

“Walau bagaimanapun, pemilik baharu Toys R Us bercadang untuk memulakan semula perniagaan termasuk jenama Babies R Us,” katanya di sini hari ini.

Geoffrey merancang untuk mewujudkan perniagaan operasi runcit baharu domestik di bawah Toys R Us dan Babies R Us serta memperluaskan operasi antarabangsa dan memajukan lagi jenama itu.

Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai tempoh masa dan bagaimana jenama itu akan kembali untung tidak didedahkan.

Ternyata terdapat pembida lain berminat untuk membeli Toys R Us, tetapi ia tidak bermakna syarikat berkenaan berminat untuk memulihkan jenama itu.

Banyak syarikat sering membeli jenama pesaing yang ban­krap di mahkamah kebankrapan bagi memastikan jenama itu tidak boleh digunakan lagi oleh pesaing baharu.

Toys R Us mendapat perhatian umum sebelum ini berikutan memberi layanan berbeza terhadap 30,000 pekerja runcit dan eksekutifnya. – AGENSI