Rancangan menggabungkan kesemua syarikat penerbangannya adalah selepas kejayaan menyelesaikan penyenaraian unit Indonesia, PT Indonesia AirAsia (IAA) di Bursa Saham Indonesia, hari ini.

Fernandes menerusi kenyataan dalam akaun [email protected] berkata, IAA akan menjana modal tambahan dan menjadikannya sebagai sebuah syarikat bernilai bilion dolar susulan daripada penyenaraian awam tersebut.

“Hari yang bersejarah IAA disenaraikan. Saya rasa ia menjadi syarikat penerbangan kedua disenaraikan di Indonesia. Pe­ringkat kedua menjana modal.

“(IAA) bakal menjadi syarikat bernilai bilion dolar (walaupun) penga­nalisis pernah menilai syarikat tersebut sebagai sifar dan mendesak kami untuk menutupnya.

“(Namun saya) berfikir panjang dan merasakan pertumbuhannya besar. Filipina selepas ini dan kami akan menggabungkan kesemuanya menjadi sebuah syarikat tersenarai,” kata beliau.

Fernandes pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa beliau mempunyai visi lebih besar untuk menggabungkan kesemua unit AirAsia membentuk sebuah syarikat tersenarai di bawah pelan ‘One AirAsia’ dalam tempoh dua tahun.

Di bawah pelan tersebut, semua syarikat bersekutu AirAsia di Asia Tenggara akan membentuk satu komuniti di bawah syarikat penerbangan pegangan tunggal sekali gus muncul jenama yang kukuh di rantau ini.

Langkah itu dijangka mening­katkan hasil dan membantu Air­Asia mengukuhkan kedudukan di negara yang mempunyai operasi­nya.

Menurut Fernandes, pihaknya optimis dengan perniagaan di Indonesia dan Filipina dengan ke­dua-duanya amat penting kepada pertumbuhan kumpulan.

Beliau juga berkata penyenarai­an Philippines AirAsia Inc. dijangka dapat disempurnakan pada tahun 2018.

Ogos lalu, AirAsia mengumumkan rancangan untuk me­nyuntik sebanyak 57.25 peratus saham IAA dalam syarikat gudang dan logistik yang disenaraikan di Jakarta, PT Rimau Multi Putra Pratama TBK, melalui urus niaga pertukaran hutang dan saham.

Awal bulan ini pula, Pengarah Eksekutif AirAsia International Ltd., Rozman Omar dilaporkan berkata, selepas proses penyena­raian awam selesai, AirAsia akan mempunyai kepentingan berjumlah 48 peratus dalam entiti tersebut menerusi kepentingan langsung dan tidak langsung.