Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, tiada kerajaan yang boleh mengambil tindakan seperti itu dan melanggar kontrak dengan pemegang konsesi.

“Mereka tidak akan me­langgar kontrak. Tiada kerajaan yang akan melanggar kontrak,” kata Shahril Ridza dalam responsnya kepada soalan semasa perbincangan panel mengenai Malaysia Baharu: Daya Tahan Ekonomi dan Profil Kredit' yang berlangsung di luar Persidangan Pelabur Malaysia: Permulaan Baharu 2018, di sini hari ini.

Beliau berkata, sebarang perbincangan mengenai pe­­ngurangan atau semakan semula kadar tol mesti mengambil kira jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada pemegang kepenti­ngan. – BERNAMA