Menurut TNB, penyertaan yang bertajuk ‘Memperkasakan Projek GIS di Bahagian Pembahagian TNB ke Arah Grid of The Future’ mengandungi pelaksana­an sistem untuk dikembangkan sehingga meliputi lebih 76,000 pencawang dan 1.3 juta kilometer talian kabel elektrik.

“GIS Pembahagian itu dilancarkan tahun lalu bagi membo­lehkan urusan menganalisis, me­nyimpan, memanipulasi dan menggambarkan maklumat da­lam bentuk spatial di atas peta sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan,” katanya da­lam kenyataan di sini hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Seri Azizan Ahmad kepada Ketua Projek GIS Distribution, Ir. Fazilah Mat Yatim pada simposium tersebut yang bertemakan Inovasi Geospatial Ke Arah Wawasan Negara.

Program tersebut dianjurkan Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI) dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Ia bertujuan mewujudkan wadah perkongsian maklumat dan pengalaman melibatkan komuniti geospatial dalam kalangan agensi kerajaan dan swasta di Malaysia.